satu ayat penting yang membincangkan urapan Roh Kudus pada zaman ini
ialah Yohanes 14:16, Yesus berjanji bahawa Roh Kudus akan mendiami para
pengikut-Nya dan mendiami mereka selama-lamanya. Penting bagi kita untuk
membezakan didiami oleh Roh Kudus dan diurapi oleh Roh Kudus. Didiami
oleh Roh Kudus selama-lamanya bukan untuk beberapa pengikut yang
terpilih, tetapi sebaliknya adalah untuk semua pengikut. Terdapat
beberapa rujukan dalam ayat-ayat suci yang menyokong kesimpulan ini.
Pertama ialah Roh Kudus merupakan anugerah yang diberikan kepada semua
orang yang percaya kepada Yesus tanpa pengecualian, dan tiada syarat
yang mengikat anugerah ini kecuali iman dalam Kristus (Yohanes 7:37-39).
Kedua ialah Roh Kudus dianugerahkan pada saat penyelamatan. Efesus 1:13
menunjukkan bahawa Roh Kudus diberikan pada saat penyelamatan. Galatia
3:2 juga menekankan kebenaran ini, dengan menyatakan bahawa penerimaan
Roh Kudus dimeteraikan pada saat kita percaya dan kita didiami oleh Roh
Kudus. Ketiga, Roh Kudus mendiami para pengikut secara kekal. Roh Kudus
dianugerahkan kepada para pengikut sebagai bayaran awal atau pengesahan
kemuliaan mereka dalam Kristus pada masa hadapan (2 Korintus 1:22;
Efesus 4:30).
Hal ini bertentangan dengan arahan urapan Roh Kudus yang dijumpai dalam
Efesus 5:18. Kita harus menyerah sepenuhnya kepada Roh Kudus supaya Dia
boleh memiliki kita sepenuhnya, dan hal ini bermakna mengurapi kita.
Roma 8:9 dan Efesus 1:13-14 menyatakan bahawa Dia mendiami setiap
pengikut, tetapi Dia boleh berasa sedih (Efesus 4:30), dan aktiviti Dia
dalam diri kita boleh terhalang (1 Tesalonika 5:19). Apabila kita
membenarkan hal ini berlaku, kita tidak dapat mengalami sepenuhnya kuasa
Roh Kudus yang bekerja dalam dan melalui kita. Diurapi oleh Roh Kudus
menyifatkan kebebasan yang diberikan kepada-Nya untuk memenuhi setiap
bahagian hidup kita, mengarah dan mengawal kita. Maka kuasa-Nya boleh
dilepaskan melalui kita supaya segala yang kita lakukan membuahkan hasil
kepada Tuhan. Urapan Roh Kudus bukan merujuk kepada tindakan luaran
sahaja; urapan ini juga merujuk kepada pemikiran dalaman dan niat
tindakan kita. Mazmur 19:14 menyatakan, "Semoga kata-kata dan renunganku
diterima oleh-Mu, ya Tuhan, pelindung dan penebusku."
Dosa memisahkan kita daripada urapan Roh Kudus, dan kepatuhan kepada
Tuhan mengekalkan urapan Roh Kudus. Walaupun fokus kita sepatutnya
adalah diurapi seperti yang diperintah dalam Efesus 5:18, tetapi berdoa
supaya diurapi oleh Roh Kudus tidak akan membantu kita membuahkan hasil
daripada Roh Kudus. Hanya kepatuhan kita kepada perintah Tuhan
membolehkan Roh Kudus bebas bekerja dalam diri kita. Disebabkan kita
adalah ciptaan yang berdosa, tidak mungkin kita boleh diurapi oleh Roh
Kudus setiap masa. Kita patut serta-merta menangani dosa dalam hidup
kita, dan membaharui komitmen kita untuk diurapi oleh Roh Kudus dan
dipimpin oleh Roh Kudus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment